Notis Privasi

Read In English

RAISE TOGETHER SDN. BHD. (No Pendaftaran Syarikat. 202301038717 (1532639-K)) dan syarikat berkaitannya (“kita” atau “kami”) mengendalikan laman  sesawang persendirian (secara kolektif, “Laman Sesawang”), aplikasi mudah alih persendirian (secara kolektif, “Apps”); dan halaman rangkaian sosial kami, produk kami dan/atau servis kami. Dalam Notis Privasi ini, kami akan merujuk kepada Laman Sesawang, Aplikasi, halaman rangkaian sosial, produk dan/atau servis kami secara kolektif sebagai “Perkhidmatan” kami.

Notis Privasi ini menetapkan bagaimana Data Peribadi (seperti yang ditakrifkan di bawah) yang kami kumpulkan daripada anda atau yang anda berikan kepada kami, akan digunakan, didedahkan atau diproses oleh kami. Notis Privasi ini juga menetapkan jenis Data Peribadi yang kami kumpulkan, bagaimana kami memastikan keselamatannya, serta bagaimana anda boleh mengakses atau meminda Data Peribadi anda yang disimpan oleh kami.

Dengan melawat, melanggan, menggunakan atau memasuki perjanjian berhubung dengan Perkhidmatan, anda dianggap telah membaca dan bersetuju dengan Notis Privasi ini. Notis Privasi ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan Terma Umum dan Peraturan Rasmi yang terletak di https://royong.io/terms-conditions-2/ (“Terma Umum dan Peraturan Rasmi”) dan sebarang dokumen lain yang berkenaan dengan Perkhidmatan tertentu yang digunapakai oleh anda.

Notis Privasi ini menambah dan membentuk sebahagian daripada Terma Umum dan Peraturan Rasmi. Melainkan dinyatakan dengan jelas sebaliknya, semua istilah dan ungkapan huruf besar yang digunakan dalam Notis Privasi ini hendaklah mempunyai makna yang sama yang dinyatakan dalam Terma Umum dan Peraturan Rasmi. Anda boleh mengakses Laman Sesawang, Terma Umum dan Peraturan Rasmi kami di https://royong.io/terms-conditions-2/.

Dalam Notis Privasi ini, “Personal Data” bermaksud data, sama ada benar atau tidak, mengenai individu yang boleh dikenal pasti sama ada daripada data tersebut atau daripada data tersebut apabila digabungkan dengan maklumat lain dimana entiti mempunyai akses atau mungkin mempunyai akses. Data peribadi mungkin termasuk nama anda, butiran hubungan, alamat, butiran dokumen pengenalan, maklumat dalam format audio/video, imej (termasuk gambar), dan pembayaran dan/atau butiran kewangan.

Dengan berinteraksi dan mengakses Perkhidmatan atau sebaliknya berkomunikasi dan terlibat dengan Syarikat, anda memperakui bahawa anda telah membaca dan memahami Notis Privasi ini dan bersetuju dengan penggunaan, pemprosesan, pendedahan dan pemindahan data peribadi anda oleh Syarikat seperti yang diterangkan dalam Notis Privasi ini. Dengan penggunaan berterusan Perkhidmatan, anda bersetuju untuk terikat dengan semua undang-undang yang berkaitan, termasuk Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 Malaysia.

Walaubagaimanapun, tanpa mengira apa yang disebutkan di atas, Perkhidmatan tidak bertujuan untuk digunakan oleh mana-mana individu yang belum mencapai umur sah mereka, contohnya kanak-kanak bawah umur, atau individu yang tidak mampu menguruskan hal ehwal mereka sendiri dan/atau tidak berupaya secara mental. Jika anda termasuk dalam mana-mana kategori ini, anda mesti berhenti menggunakan atau mengakses Perkhidmatan dengan serta-merta.

Kami boleh meminda Notis Privasi ini pada bila-bila masa dengan menyiarkan versi yang disemak semula pada Laman Sesawang dan Aplikasi. Anda akan dianggap telah memperakui dan bersetuju dengan Notis Privasi terkini jika anda terus menggunakan Perkhidmatan selepas pindaan tersebut berkuat kuasa. Anda bertanggungjawab untuk menyemak Notis Privasi ini dengan kerap untuk kemas kini yang digunapakai sewaktu anda menggunakan atau mengakses Perkhidmatan.

1.  PENGUMPULAN DATA PERIBADI

1.1 Apabila anda menggunakan Perkhidmatan kami, kami mengumpulkan pelbagai maklumat daripada dan tentang anda, peranti anda dan interaksi anda dengan Perkhidmatan. Sesetengah maklumat ini mengenal pasti anda secara langsung atau boleh digunakan untuk mengenal pasti anda secara longgar apabila digabungkan dengan data lain.

1.2 Jika anda memilih untuk tidak memberikan Data Peribadi tertentu kepada kami (ditandakan sebagai wajib dalam borang/dokumen kami), anda bersetuju bahawa kami mungkin tidak dapat menyediakan anda dengan Perkhidmatan, walau apa pun perjanjian diantara anda dan kami.

1.3 Semasa menyampaikan Perkhidmatan, kami biasanya tidak mengumpul sebarang data peribadi sensitif seperti yang ditakrifkan oleh Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 Malaysia. Melainkan diminta secara jelas, anda harus mengelakkan daripada menghantar atau berkongsi sebarang data peribadi sensitif apabila menggunakan Perkhidmatan. Sekiranya anda memilih untuk mendedahkan data peribadi sensitif, ia akan dianggap sebagai disertakan dengan persetujuan umum anda untuk pemprosesan seterusnya, sejajar dengan tujuan asal yang anda berikan.

2. TUJUAN PENGUMPULAN DAN PEMPROSESAN LANJUT (TERMASUK MENDEDAHKAN) DATA PERIBADI ANDA

2.1  Data Peribadi anda dikumpul dan selanjutnya digunakan, diproses dan/atau disimpan oleh Syarikat seperti yang dikehendaki atau dibenarkan oleh undang-undang untuk menjalankan operasi perniagaan Syarikat, dan, untuk menyediakan servis kami atau akses kepada Perkhidmatan, dan untuk melaksanakan hal pentadbiran, termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut:

2.1.1 apabila anda menjalankan transaksi dengan kami pada atau berkaitan dengan Perkhidmatan;

2.1.2 apabila anda mendaftar atau memohon akaun dengan kami pada atau melalui Perkhidmatan;

2.1.3 apabila anda menghubungi khidmat pelanggan kami melalui apa-apa kaedah, untuk menyelesaikan sebarang isu yang mungkin anda hadapi atau dengan pertanyaan atau permintaan;

2.1.4 melainkan anda memilih sebaliknya di akaun anda, apabila anda mengguna atau akses Penghantaran kami dan anda telah didaftarkan secara automatik ke senarai emel kami;

2.1.5 apabila anda mengakses mana-mana servis kami melalui laman rangkaian sosial seperti Facebook, Instagram, X atau melalui platform digital seperti Google atau Apple;

2.1.6 apabila anda melengkapkan borang atau transaksi lain, seperti menyertai kaji selidik, permintaan penyelidikan, promosi dan/atau pertandingan; dan2.1.7   apabila anda menghantar atau menyumbang bahan pada/kepada Perkhidmatan.

2.2 Sekiranya anda memberikan maklumat tentang pihak ketiga melalui Perkhidmatan atau untuk tujuan Kempen atau Peraduan, anda mewakili dan memberi jaminan kepada kami bahawa anda telah mendapat persetujuan yang diperlukan daripada pihak ketiga untuk anda memberikan kami Data Peribadi mereka untuk tujuan yang dinyatakan dalam Notis Privasi ini.

2.3 Kuki, piksel, dan mekanisme penjejakan lain. Kami menggunakan pelbagai teknologi untuk mengumpul maklumat secara automatik apabila anda mengakses dan menggunakan Perkhidmatan, termasuk kuki, dan teknologi lain yang serupa. Kuki adalah cebisan maklumat elektronik yang boleh dipindahkan ke komputer anda atau peranti elektronik lain untuk mengenal pasti pelayar anda secara unik. Apabila anda menggunakan Perkhidmatan, kami boleh meletakkan satu atau lebih kuki pada komputer anda atau peranti elektronik lain atau menggunakan teknologi lain yang menyediakan fungsi yang serupa.

2.3.1 Kami mungkin menggunakan kuki untuk menyambungkan aktiviti anda di Perkhidmatan dengan maklumat lain yang kami simpan tentang anda (sama ada dalam profil akaun anda atau berkaitan dengan interaksi terdahulu anda pada Perkhidmatan) untuk, sebagai contoh, menyimpan pilihan anda. Penggunaan kuki membantu kami meningkatkan kualiti Perkhidmatan dan Servis untuk anda, dengan mengenal pasti maklumat yang paling menarik bagi anda, menjejaki trend, mengukur keberkesanan pengiklanan, dan, atau menyimpan maklumat yang anda mungkin ingin dapatkan semula secara kerap, seperti Kempen, Peraduan atau carian pilihan anda yang disenarai pendek. Pada bila-bila masa, anda boleh melaraskan tetapan pada pelayar anda untuk menolak kuki mengikut arahan yang berkaitan dengan pelayar anda. Walau bagaimanapun, jika anda memilih untuk meyekat kuki, banyak ciri-ciri Perkhidmatan yang mungkin tidak akan berfungsi dengan betul.

2.3.2 Beberapa halaman kami juga mungkin mengandungi piksel, iaitu fail elektronik untuk mengira pengguna yang telah melawat halaman tersebut, untuk menjejaki aktiviti dari masa ke masa dan merentasi laman sesawang yang berbeza, untuk menentukan interaksi pengguna’ dengan e-mel yang kami hantar, untuk mengenal pasti kuki tertentu pada komputer atau peranti elektronik lain yang mengakses halaman tersebut, atau untuk mengumpul maklumat lain yang berkaitan, dan maklumat ini mungkin dikaitkan dengan pelayar unik anda, pengecam peranti atau alamat IP. Sebagai contoh, kami mungkin, menetapkan piksel pada Perkhidmatan tertentu di mana anda melihat Kempen atau Peraduan tertentu supaya kami dapat menjejaki sama ada Kempen atau Peraduan adalah relevan dengan anda semasa menawarkan cadangan. Melalui piksel dan kuki ini, kami mengumpulkan maklumat tentang cara anda menggunakan Perkhidmatan, termasuk jenis pelayar yang anda gunakan, waktu akses, halaman yang dilihat, alamat IP anda dan halaman yang anda lawati sebelum menavigasi ke Perkhidmatan.

2.3.3 Kami juga mengumpulkan maklumat tentang komputer atau peranti mudah alih yang anda gunakan untuk mengakses Perkhidmatan, seperti model perkakasan, sistem dan versi pengendalian, pengecam peranti unik, maklumat rangkaian mudah alih, dan tingkah laku pelayaran.

2.4 Peranti mudah alih dan maklumat pelayar mudah alih. Anda boleh melaraskan tetapan pada peranti mudah alih dan pelayar mudah alih anda berkenaan kuki dan perkongsian maklumat tertentu, seperti nama peranti mudah alih anda atau bahasa yang digunakan oleh peranti mudah alih anda, dengan melaraskan tetapan privasi dan keselamatan pada peranti mudah alih anda. Sila rujuk arahan yang diberikan oleh pembekal servis mudah alih atau pengeluar peranti mudah alih anda.

2.5 Data Lokasi. Jika anda mendayakan servis lokasi pada peranti mudah alih anda, kami mungkin mengumpulkan lokasi peranti anda yang kami gunakan untuk menyediakan maklumat dan pengiklanan berasaskan lokasi kepada anda. Jika anda ingin menyahaktifkan ciri ini, anda boleh melumpuhkan perkhidmatan lokasi pada peranti mudah alih anda.

2.6 Pengurusan E-mel. Anda mungkin menerima e-mel daripada kami atas pelbagai sebab – Jika anda telah menggunakan Penghantaran kami, anda akan secara automatik didaftarkan ke senarai email kami. Jika anda mempunyai akaun dengan kami, anda boleh menyunting pilihan anda melalui tetapan akaun anda. Anda juga boleh menguruskan penerimaan beberapa jenis komunikasi dengan mengikuti arahan yang disertakan dalam e-mel yang kami hantar kepada anda. Sila ambil perhatian bahawa, walaupun anda berhenti melanggan surat-menyurat e-mel tertentu, kami masih perlu menghantar e-mel kepada anda dengan maklumat transaksi atau maklumat pentadbiran yang penting.

3.  PERINCIAN DAN KESELAMATAN

3.1 Anda harus memastikan bahawa semua Data Peribadi yang dikemukakan kepada kami adalah lengkap, tepat, benar dan betul. Kegagalan dari pihak anda untuk berbuat demikian boleh mengakibatkan ketidakupayaan kami untuk menyediakan anda dengan Perkhidmatan yang anda minta.

3.2 Kami akan mengambil usaha yang munasabah untuk memastikan bahawa Data Peribadi anda adalah tepat dan lengkap sekiranya Data Peribadi anda akan digunapakai oleh kami untuk membuat keputusan yang memberi kesan kepada anda atau didedahkan kepada organisasi lain. Walau bagaimanapun, ini bermakna bahawa anda juga mesti mengemas kini kami tentang sebarang perubahan dalam Data Peribadi anda yang telah anda berikan kepada kami di permulaan. Kami tidak akan bertanggungjawab untuk bergantung kepada Data Peribadi yang tidak tepat atau tidak lengkap yang timbul daripada anda kerana anda tidak mengemas kini apa-apa perubahan dalam Data Peribadi anda yang telah anda berikan kepada kami pada mulanya.

3.3 Kami akan mengambil langkah berjaga-jaga teknikal dan organisasi yang munasabah untuk mencegah kehilangan, penyalahgunaan atau pengubahan Data Peribadi anda

3.4 Pekerja, kontraktor, ejen dan penyedia servis kami yang menyediakan sevris yang berkaitan dengan sistem maklumat kami, bertanggungjawab untuk menghormati kerahsiaan Data Peribadi anda.

3.5 Kami mengkaji semula dan mengemas kini langkah-langkah keselamatan kami berdasarkan teknologi semasa. Walau bagaimanapun, anda memahami bahawa penghantaran maklumat melalui Internet tidak sepenuhnya selamat. Namun kami akan melakukan yang terbaik untuk melindungi Data Peribadi anda, kami tidak dapat menjamin keselamatan Data Peribadi anda yang dihantar kepada, oleh atau melalui Perkhidmatan. Sebarang penghantaran adalah atas risiko anda sendiri. Di samping itu, kami tidak boleh bertanggungjawab terhadap sebarang penggunaan tanpa kebenaran Data Peribadi anda oleh pihak ketiga yang sepenuhnya diakibatkan oleh faktor-faktor di luar kawalan kami.

3.6 Di mana kami telah memberikan anda (atau di mana anda telah memilih) kata laluan yang membolehkan anda mengakses Perkhidmatan atau bahagian-bahagian tertentu Perkhidmatan, anda bertanggungjawab untuk menyimpan kata laluan ini secara sulit. Kami meminta anda untuk tidak berkongsi kata laluan dengan sesiapa sahaja. Kami TIDAK akan sesekali meminta kata laluan anda selain daripada apabila anda log masuk ke Perkhidmatan.

3.7 Kami menggesa anda untuk mengambil langkah-langkah untuk memastikan maklumat peribadi anda selamat, seperti memilih kata laluan yang kukuh dan menyimpannya secara peribadi, selain log keluar dari akaun pengguna anda dan menutup pelayar sesawang anda apabila anda telah selesai menggunakan Perkhidmatankami di peranti yang dikongsi atau tidak terlindung.

4. PENDEDAHAN ATAU PEMINDAHAN DATA PERIBADI (DI DALAM ATAU DI LUAR MALAYSIA)

4.1 Data peribadi anda yang diberikan kepada kami boleh didedahkan atau dipindahkan ke kelas-kelas pihak ketiga yang berikut (di dalam atau di luar Malaysia) seperti yang dikehendaki di bawah undang-undang atau menurut hubungan kontrak yang berkaitan (contohnya, di mana kami melantik penyedia servis pihak ketiga) atau bagi tujuan atau secara langsung berkaitan dengan tujuan yang dinyatakan dalam Seksyen (2) di atas:

4.1.1 entiti dalam Kumpulan Syarikat dan rakan kongsi penyumberluaran;

4.1.2 NPO di bawah Kempen seperti yang dinyatakan di Laman Sesawang;

4.1.3 agen rasmi Syarikat, Syarikat pengedar dan pembekal yang diberi kuasa;

4.1.4 jabatan atau agensi kerajaan, pihak berkuasa berkanun dan pengawal selia industri;

4.1.5 mana-mana orang yang kami diwajibkan atau dikehendaki berbuat demikian di bawah undang-undang atau sebagai tindak balas kepada agensi kompeten atau kerajaan;

4.1.6 bank, institusi kewangan dan penasihat;

4.1.7 agensi penguatkuasaan undang-undang;

4.1.8 pihak ketiga yang dilantik oleh kami untuk menyediakan servis kepada kami atau bagi pihak kami (seperti juruaudit, peguam, servis setiausaha syarikat, penasihat profesional, syarikat percetakan, syarikat mel, syarikat telekomunikasi, kontraktor, pembekal servis teknologi maklumat); dan

4.1.9 mana-mana orang yang kami anggap perlu untuk menyediakan anda dengan Perkhidmatan atau akses ke Laman Sesawang.

4.2 Memandangkan server teknologi maklumat dan kemudahan penyimpanan atau sandaran kami mungkin terletak di bidang kuasa lain, data peribadi mungkin dipindahkan ke dan diproses selanjutnya dalam bidang kuasa selain Malaysia. Kami akan menggunakan segala usaha yang munasabah untuk memastikan bahawa langkah-langkah keselamatan dilaksanakan mengikut undang-undang yang terpakai dalam bidang kuasa yang berkaitan untuk melindungi data peribadi daripada kehilangan atau penyalahgunaan.

5. LAMAN SESAWANG PIHAK KETIGA

5.1  Pautan ke laman sesawang lain

Perkhidmatan, dari semasa ke semasa, mungkin mengandungi pautan ke dan dari laman sesawang pihak ketiga, termasuk NPO di bawah Kempen yang berkaitan. Kami juga membenarkan pihak ketiga untuk memaparkan aplikasi dan/atau widget pada Perkhidmatan yang membolehkan anda berinteraksi dan berkongsi kandungan termasuk, sebagai contoh, melalui butang media sosial seperti Facebook’s ‘share’ dan ‘like’, X, Pinterest dan Google+. Laman sesawang, aplikasi dan widget yang dipautkan ini tidak berada di bawah kawalan kami, dan kami tidak boleh mengambil tanggungjawab untuk pengendalian syarikat yang dipautkan ke Laman Sesawang dan/atau Aplikasi kami, atau pengumpulan maklumat mereka melalui aplikasi dan/atau widget pihak ketiga ini. Jika anda mengikuti pautan ke mana-mana laman sesawang ini, sila ambil perhatian bahawa laman sesawang ini mempunyai dasar privasi mereka sendiri dan kami tidak mengambil apa-apa tanggungjawab atau liabiliti untuk dasar-dasar ini. Sila baca dan bersetuju dengan dasar dan terma dan syarat ini sebelum anda menyerahkan apa-apa Data Peribadi kepada laman sesawang ini.

6. HAK UNTUK MENGAKSES DAN MEMINDA DATA PERIBADI

Anda mempunyai hak untuk mengakses dan pemindaan data peribadi anda yang dipegang oleh kami. Kami akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan data peribadi anda adalah tepat dan terkini oleh itu kami meminta jika terdapat perubahan pada data anda, anda hendaklah memberitahu kami secara langsung melalui butiran hubungan yang diberikan dalam Seksyen 7 di bawah.

Jika anda ingin mengakses data peribadi anda atau meminda data peribadi anda, sila hubungi kami melalui butiran yang diberikan dalam Seksyen (7) di bawah.

7. MENGEHADKAN PEMPROSESAN DATA PERIBADI, PERTANYAAN DAN ADUAN LANJUT

7.1 Jika:

7.1.1 anda ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai cara untuk mengehadkan pemprosesan data peribadi anda;

7.1.2 anda mempunyai pertanyaan lanjut atau ingin membuat aduan berkenaan dengan data peribadi anda; atau

7.1.3 anda ingin menarik balik persetujuan anda untuk penggunaan, pemprosesan, pendedahan dan pemindahan data peribadi anda oleh Syarikat seperti yang dinyatakan dalam Notis Privasi ini, anda boleh menghubungi pasukan kami di [email protected].

Bergantung kepada jenis permintaan anda, kami mungkin tidak berada dalam kedudukan untuk terus menyediakan Perkhidmatan kepada anda dan ini boleh mengakibatkan pemadaman mana-mana akaun yang anda ada dengan kami. Dengan notis daripada anda, kami akan memaklumkan kepada anda tentang kemungkinan akibat penarikan balik persetujuan, termasuk tetapi tidak terhad kepada penamatan sebarang perjanjian yang anda mungkin ada dengan kami dan anda melanggar kewajipan atau janji kontrak anda. Hak dan remedi undang-undang kami dalam keadaan tersebut adalah secara nyata dikekalkan.

7.2 Sila ambil perhatian bahawa kami hanya akan menerima dan bertindak atas permintaan dalam bahasa Inggeris yang mematuhi Dasar Privasi ini. Apa-apa permintaan yang tidak mematuhi akan ditolak, dan kami tidak akan mengambil apa-apa tindakan berhubung dengan permintaan yang ditolak itu. Kami boleh menolak untuk mendedahkan, memadam atau meminda apa-apa Data Peribadi atas sebab-sebab yang dinyatakan dalam undang-undang privasi tempatan. Kami akan menjawab permintaan anda secepat mungkin.

8. PENAFIAN

Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang pendedahan sukarela Data Peribadi oleh anda kepada pengguna lain yang berkait dengan penggunaan Perkhidmatan.

9. KONFLIK

Sekiranya berlaku sebarang konflik antara Notis Perlindungan Data Peribadi bahasa Inggeris ini dan Notis Perlindungan Data Peribadi Bahasa Malaysia yang sejajar, terma-terma dalam Notis Bahasa Inggeris akan diutamakan.