Dalam usaha menyokong: Pads and Paws Animal Rescue Group
ABOUT Pads and Paws Animal Rescue Group
Misi Pads and Paws adalah untuk membantu dan menempatkan kucing terbiar, untuk mensterilkan kucing komuniti, dan membimbing pencinta haiwan untuk melakukan perkara yang sama! Dari 2020, mereka telah menempatkan lebih 600+ kucing dan anjing. Walaupun mereka lebih fokuskan sumber terhad terhadap kucing, mereka juga menyayangi anjing! Mereka turut menggunakan platform ini untuk membantu penyelamat anjing bagi mencari rumah tercinta buat anjing mereka.
Mereka menyelamatkan kucing yang hidup sukar di jalanan – memberi vaksin dan pemeriksaaan untuk sebarang penyakit serta vaksin sebelum mengiklankan mereka untuk pengambilan. Mereka juga turut mensterilkan kucing-kucing di kawasan ‘hotspot’ di mana terdapat komuniti besar kucing terbiar. Meraka berharap dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai orang untuk menyelamatkan dan menempatkan haiwan-haiwan, mensterilkan mereka disamping meningkatkan kesedaran orang ramai.
Find out more about the amazing work Pads and Paws Animal Rescue Group does
Sertai kami untuk membawa perubahan dengan kempen ini, dengan bangganya menyokong Pads and Paws, sebuah badan amal yang berdedikasi untuk menyelamatkan dan menempatkan semula kucing terbiar. Inilah peluang anda untuk memenangi Honda Dash 125 sembil menyumbang kepada tujuan yang mulia.
Sertai kami hari ini dan jadi sebahagian daripada komuniti yang mengambil berat. ‘Ride’ untuk amal kebajikan dan bantu Pads and Paws untuk meneruskan usaha mereka. Bersama-sama, kita boleh membawa perubahan, satu demi satu sumbangan. Derma Sekarang, Selamatkan Kucing, dan Menang Besar!
Pemenang akan dipilih dan harus hadir untuk menerima hadiah di acara 3rd Annual Motormaniac, pada 8 September 2024, di Rooftop, Mytown Cheras.
Durasi Kempen: 11 Julai – 08 September 2024
Hadiah Utama: Honda Dash 125
- Honda Dash 125 adalah gabungan sempurna gaya, kecekapan dan prestasi. Sama ada anda berulang-alik ke tempat kerja atau meneroka tempat baru, motor ini menawarkan pengalaman yang tiada tandingan.
Dengan menyertai, anda bersetuju dengan Terma dan Syarat Royong Maniac
Terms & Conditions