RAISETOGETHER
DANA KELESTARIAN RAISETOGETHER

Dana Kelestarian RaiseTogether menyokong organisasi dan tujuan yang memberi impak yang berkekalan. Walaupun semua NGO berhasrat untuk membantu dan membuat perubahan, usaha yang mematuhi ‘Sustainable Development Goals,’ perbezaan kompaun dan jangka panjang dalam realiti hidup orang ramai amat penting untuk disokong.

Penyokong RaiseTogether yang merasakan barangan yang kami bawa (walaupun ianya comel) tidak semestinya harus didapatkan, boleh memilih untuk menyokong dana ini dan menolak untuk menerima barangan tersebut dalam usaha untuk: mengurangkan penggunaan sumber yang terlibat dalam membuat produk ini, mengurangkan jejak karbon pembungkusan dan penghantaran, demi membantu insan yang memerlukan dalam masyarakat kita.

Dari Januari hingga Jun 2024, Dana Kelestarian RaiseTogether akan menyokong NGO yang menyediakan pendidikan untuk kanak-kanak dari komuniti yang kurang bernasib baik di Malaysia. Usaha yang penting dan memberi kesan ini memberi peluang kepada kanak-kanak untuk
mencapai potensi mereka. Pendidikan akan sentiasa menjadi cara yang terbukti untuk memberi kesan langsung, bukan sahaja pada kehidupan dan masa depan kanak-kanak ini, tetapi juga buat keluarga dan komuniti mereka. AJAR Society ialah sebuah NGO yang menyediakan bantuan pendidikan kepada kanak-kanak Orang Asli, bertujuan untuk meningkatkan kemahiran membaca dan menulis mereka dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai AJAR Society, lawatihttps://ajarsociety.org.