TENTANG KAMI

Falsafah RaiseTogether

Visi kami tertumpu terhadap kepercayaan bahawa filantropi dapat dicapai dengan efektif dengan belas ihsan sejagat. Kami bertekad untuk mencipta impak positif, dan merapatkan jurang antara sifat semulajadi manusia untuk membantu, visi kami untuk dunia yang lebih baik, dan cara untuk merealisasikannya.

Misi kami adalah untuk menyediakan platform di mana masyarakat dapat menyumbang kepada tujuan yang bermakna, dan turut serta kempen yang menarik dengan hadiah yang lumayan. Kami komited untuk membentuk pengalaman yang memberdayakan, didorongi komuniti, kerana ianya tidak mungkin tercapai tanpa sumbangan kolektif para pelibat.

Pendekatan kami menekankan ketelusan, dan pengendalian cermat rakan kongsi dan para peserta. Bersama-sama kami berhasrat untuk mencipta dunia di mana matlamat filantropi ramai direalisasikan, dan di mana kami memperkasa komuniti untuk membuat perubahan yang bermakna.

NOTA DARI PENGASAS KAMI

RaiseTogether !

Kenalkan “RaiseTogether” – suatu azam tecripta daripada pengalaman peribadi, bertapak di sanubari Malaysia, dengan komitmen utuh untuk mengubah kehidupan.

Membesar di suasana aman damai di Terengganu, saya menyaksikan perit getir yang dialami komuniti disini. Hidup ini mencabar namun indah, dualiti inilah yang membentuk perspektif saya. Disini saatnya tertanam benih ihsan.

Semangat memberi dan membantu sentiasa menjadi asas kehidupan saya. Diwarisi daripada ahli keluarga yang sering mengajar nilai-nilai empati, serta rakan-rakan yang sentiasa mendampingi saya ketika susah dan senang. Saat ini saya sedari bahawa kuasa untuk mengubah terletak pada kita semua.

Semasa saya menceburi dunia kebajikan, saya menyedari rangkaian yang hilang – pendekatan transformatif yang boleh merapatkan jurang antara keinginan untuk membantu dan cara melaksanakannya. Saya tekad untuk membina platform yang memperkasa badan amal, menginspirasi serta menawarkan sesuatu yang bermakna. Apa yang menjadikannya peribadi adalah pergelutan masyarakat di Terengganu, ia mencerminkan kesulitan yang dihadapi ramai di seluruh dunia.

Misi kami di RaiseTogether adalah untuk menyediakan platform yang bukan sekadar meningkatkan kesedaran atau memberi insentif sumbangan. Kami ingin menjadikan amal kebajikan pengalaman yang menyentuh, dan dapat menyatukan masyarakat, kerana dengan memberi, kita menemui nilai kemanusiaan yang dikongsi.

Perjalanan di hadapan dipenuhi cabaran, namun memori insan yang bakal tersentuh, senyuman yang kami bawa, serta hidup yang bakal diubah, menyemarakkan komitmen kami. Mari jadikan Asia Tenggara, dan moga serata dunia, mercu harapan dan keprihatinan.

Saya bersyukur kepada semua yang telah menyertai pengembaraan ini. Sokongan, keyakinan dan kepercayaan anda terhadap misi Raise Together seperti angin yang mendukung sayap kami. Bersama-sama, kita akan mengatasi kesukaran, memperkasa komuniti dan menjadikan dunia sebagai tempat yang lebih baik buat semua.

Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada gerakan ini. Mari “RaiseTogether” dan membawa sinaran kepada kehidupan insan yang memerlukan.

Dengan rasa syukur dan penuh harapan,

Adam Khalid
Founder, RaiseTogether

APA ITU RAISETOGETHER?

RaiseTogether ialah platform pengumpulan dana untuk NGO (Badan Bukan Kerajaan) dan tujuannya, ianya berfokus untuk menyusulkan kempen-kempen menarik yang menumpukan pada pemberian hadiah.

MATLAMAT KAMI

Kedudukan unik kami membolehkan kami unutk menyediakan platform di mana setiap pihak boleh bekerjasama secara kumulatif bagi mencapai lebih daripada yang mereka mampu lakukan sendiri.

SERTAI KAMI

Untuk maklumat lebih lanjut, kerjasama dan pertanyaan liputan media…

HUBUNGI KAMI