Ambulans Komuniti SJ mengendalikan satu-satunya ambulans komuniti percuma di Subang Jaya, menawarkan rawatan perubatan segera untuk kecemasan. Servis ‘Non-Profit’ adalah talian hayat untuk penduduk, menyelamatkan nyawa di saat memerlukan.
Penyelenggaraan perkhidmatan ini berharga RM25,000 sebulan, meliputi perkhidmatan paramedik, minyak, penyelenggaraan kenderaan dan peralatan perubatan.
Inisiatif untuk menyelamatkan nyawa ini bergantung sepenuhnya kepada kemurahan hati masyarakat Subang Jaya. Bersama-sama kita memastikan perkhidmatan ini berjalan lancar dan untuk memastikan bantuan sampai tepat pada masanya bagi mereka yang memerlukan! Setiap sumbangan adalah bermakna!