Dalam usaha menyokong: Badan Latihan & Hidup Berdikari Malaysia
ABOUT Badan Latihan & Hidup Berdikari Malaysia
Badan Latihan & Hidup Berdikari Malaysia (ILTC Malaysia) adalah sebuah badan pertubuhan bukan kerajaan yang mendorong komuniti orang kurang upaya di Malaysia untuk meneruskan hidup melalui pemerkasaan ahlinya dengan latihan kemahiran, bantuan dan sokongan yang memupuk semangat golongan tesebut untuk hidup berdikari. Ditubuhkan pada tahun 1999, rangkaian bantuan yang ditawarkan oleh ILTC Malaysia termasuk: kurses memandu untuk orang kurang upaya, kemahiran hidup untuk kehidupan berdikari, pembantu penjagaan diri, kemahiran bekerja untuk meningkatkan peluang pekerjaan, aktiviti rekreasi dan sukan, serta pusat sumber untuk maklumat penting.
Dana yang diterima ILTC Malaysia daripada kempen ini akan disalurkan kepada:
1) Menyokong perkhidmatan pengangkutan yang boleh diakses kerusi roda, meningkatkan mobiliti untuk komuniti orang kurang upaya; dan
2) Membeli komputer jenis desktop untuk tujuan latihan asas literasi digital.
Ketahui lebih lanjut mengenai ILTC di: [https://www.iltcmalaysia.com/]
Peluang memenangi DUA tiket VIP (dan banyak lagi 😉) untuk pengalaman di Pesta Muzik Pinkfish yang bakal berlangsung, menampilkan artist-artist antarabangsa yang berbakat serta artis tanah air yang tidak kurang hebatnya! Jangan melepaskan peluang keemasan ini untuk menyaksikan pesta muzik yang rancak dan hangat ini, sertai sekarang!
Tempoh Kempen: 8 Mei – 3 Jun 2024
Hadiah Utama: 2 Tiket VIP ke Pesta Muzik Pinkfish (Harga Pasaran: RM1200)
Hadiah Penyumbang Tertinggi: 2 Tiket Kemasukan Umum ke Pesta Muzik Pinkfish (Harga Pasaran RM670)